Nokia 3310 Dengan Keupayaan Sambungan 4G Telah Dilancarkan

HMD Global sekali lagi memberi nafas baru kepada model Nokia 3310 dimana versi ketiga ini, ia hadir dengan sokongan sambungan LTE.

Selain daripada itu, peranti yang menjalankan sistem operasi YunOS ini mempunyai ciri yang membolehkan ia dijadikan sebagai hotspot untuk berkongsi data dengan peranti lain.



Oleh kerana tidak menggunakan Android, pengguna hanya boleh menggunakan aplikasi yang siap dipasang didalamnya sahaja.

Dibekalkan dengan bateri berkapasiti 1200mAh yang menjanjikan masa sedia selama 12 hari, masa perbualan 15 jam pada rangkaian 2G, tetapi hanya 5 jam pada rangkaian VoLTE.

Spesifikasi lain tidak banyak berbeza dengan keluaran terdahulu iaitu, skrin berukuran 2.4 inciĀ 240 x 320p, kamera 2MP dengan LED Flash dan slot memori tambahan MikroSD.

Dilancarkan untuk pasaran China bermula penghujung Februari ini tetapi harga jualannya masih menjadi tanda tanya.

Sumber: Nokia