Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nokia 3310 mobile phone, 2000.

Nokia 3310 Akan Kembali Dengan Skrin Berwarna & Lebih Besar, Tapi Tidak Dikendalikan Oleh Android

Diterbitkan Februari 24, 2017 · Dikemas kini Februari 24, 2017 oleh salor30

Teruja dengan berita Nokia 3310 akan mula dipasarkan kembali? Ini ada beberapa pengkhabaran buat mereka yang tidak sabar melihat telefon lasak itu kembali.

Menurut laporan, telefon tersebut akan dilengkapi dengan paparan skrin berwarna. Selain itu telefon klasik tersebut juga akan didatangkan dengan skrin yang lebih besar berbanding edisi sebelumnya dan ia juga dikatakan lebih ringan berbanding versi lama.

Bagaimanapun, telefon itu tidak akan dikendalikan oleh sistem pengoperasian Android.

Metro.co.uk berkata, paparan skrin berwarna yang akan digunakan tidak melibatkan resolusi yang tinggi kerana pengeluar, HMB Global, mahu telefon itu terus terkenal dengan ketahanan bateri.

Butiran terperinci Nokia 3310 akan diumumkan pada Kongres Telefon Bimbit Sedunia yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol pada hujung minggu ini.
Nokia 3310 pernah mencatat jualan sehingga 126 juta unit dan penghasilannya dihentikan pada 2005.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY