Nokia 3 Menyertai Keluarga Android Oreo

HMD Global sebagai pemegang hak milik kepada telefon pintar Nokia mengumumkan kerja-kerja untuk mengemaskini Nokia 3 ke sistem operasi Android 8.0 Oreo sedang dilakukan.

Setakat ini, peranti Nokia 8, 6 dan 5 sudah dikemaskini ke Android 8.0 Oreo dan dengan kemasukan Nokia 3 kedalam senarai tersebut, Nokia sedang mengotakan janji mereka untuk memastikan pengguna Nokia sentiasa mendapat sistem operasi terbaru Android.

Selain sistem keselamatan yang dikemaskini, pengguna Nokia 3 kini boleh menikmati fungsi-fungsi terbaru yang pihak Google tawarkan untuk pengguna Android mereka seperti Picture-in-Picture dan 60 emojis baharu.

Android Instant Apps juga membantu peranti Nokia 3 menggunakan kuasa bateri dengan lebih efisien dan boleh bertahan lama dari segi penggunaan seharian.


































































Peranti Versi 1st December 2016
8th January 2017
25th October 2017
Nokia 8 Beta labs 8.0 25th Oct 2017
Beta labs 8.1 23rd Jan 2018
8.0 24th Nov 2017
8.1 13th Feb 2018
Nokia 6 Beta labs 8.0 19th Dec 2017
8.0 30th Jan 2018
8.1 28th Mar 2018
Nokia 5 Beta labs 8.0 12th Dec 2017
8.0 30th Jan 2018
8.1 28th Mar 2018
Nokia 3 Beta labs 8.0 26th Feb 2018
8.0 11th April 2018

*Pengumuman adalah mengikut benua dan operator