Nokia 1 Plus Peranti Android Go Dengan Panel Belakang Yang Boleh Ditukar Bakal Dijual Pada Harga RM329

Pasaran telefon pintar berspesifikasi asas untuk pembeli tempatan bakal menerima sebuah lagi peranti Android Go menerusi penawaran Nokia 1 Plus.

Pertama kali diumumkan pada acara MWC 2o19, penjualan peranti ini di Malaysia bakal dimulakan 2 Mei dengan nilai RM329.



Nokia 1 Plus hadir dengan spesifikasi permulaan seperti cip pemproses 4-teras MediaTek MT6739WW, RAM 1GB, memori simpanan 8GB dengan sokongan kad MikroSD sehingga 128GB, kamera belakang 8MP, kamera hadapan 5MP dan bateri berkapasiti 2500mAh.



Bakal menjalankan sistem operasi Android Pie 9 edisi Go, menarik mengenai peranti ini ialah panel belakangnya boleh ditukar dengan panel berwarna yang lain.