Noblechairs Perkenalkan Kerusi Edisi EPIC Mercedes-AMG Petronas Motorsport

Kerusi premium untuk dipadankan dengan meja komputer anda.


Jika anda sedang mencari kerusi baru bagi menggantikan kerusi pejabat ataupun kerusi untuk meja komputer anda, bolehlah anda melihat-lihat dulu kerusi edisi khas keluaran dari Noblechairs.

Mercedes-AMG Petronas Motorsport merupakan kerusi edisi khas menerusi kolaborasi bersama Pasukan F1 Mercedes-AMG Petronas Esports.

Ia adalah produk rasmi yang dilesenkan kepada syarikat tersebut sempena kejayaan Pasukan F1 Mercedes-AMG Petronas memenangi kejuaraan dunia bagi kategori pengeluar 2018.

Kerusi ini diterap dengan rekaan anggun dan 'sporty' hasil ilham daripada sukan pemotoran Formula 1.

Kerusi premium ini disaluti dengan material bermutu tinggi yang tahan lasak serta selesa untuk anda duduk lama di atasnya. Sekaligus memberikan anda 'mood' melakukan kerja di depan komputer anda dengan lebih selesa dalam tempoh yang lama.

Kapsyen: Ketumpatan kusyen sehingga 55% disaluti dengan kulit asli menjadikannya amat selesa diduduki. Kredit imej: noblechairs


Penggunaan keluli sebagai kerangka untuk kerusi ini menjadikannya ia sangat tahan lasak dan teguh yang membolehkannya menampung berat badan sehingga 120kg.

Jadi, kepada peminat tegar permainan komputer ataupun anda ingin jadikannya sebagai kerusi pejabat anda, bolehlah membelinya menerusi laman rasmi noblechairs.com yang berharga $449.00

Atau jika anda inginkan model kerusi premium lain keluaran dari syarikat yang berpangkalan di Berlin, Jerman ini, anda bolehlah melayari laman Lelong.my, Shopee atau Lazada.

Sumber: PCGAMER