Menjaga jam pintar sememangnya sukar jika
kita seorang yang lasak. Tidak boleh terlalu basah, tidak boleh terhentak itu
antara masalah jam pintar. Nixon Mission mungkin sesuai bagi anda yang gemarkan
aktiviti lasak disamping mahu kelihatan “pintar”.

IKLAN
Dengan reka bentuk yang tahan lasak, ia
dibina sesuai untuk mereka yang meminati sukan luncur air dan luncur salji. Ia
akan memberi amaran tentang keadaan ketika meluncur. Nixon Mission bukanlah jam
tangan yang dibawa ketika mesyuarat ataupun menghadiri temujanji tapi dipakai ketika membaiki kereta atau memanjat gunung. Jam pintar
ini tampil dengan bingkai polycarbonate, dilengkapkan pula dengan besi tahan
karat pada bahagian tepi dan penutup belakang. Pada bahagian skrin pula ia
dilindungi dengan Gorilla Glass setebal 1.39 inci, 400×400 pixel dan juga
paparan penuh skrin sesentuh dengan sensor cahaya ambient.
Ia mampu bertahan sehingga 100 meter di
dalam air (kedalaman paling jauh untuk jam pintar setakat ini). Selain itu ia
juga tahan hentakan (shockproof). Nixon, syarikat pengeluar jam pintar ini
mengakui skrin sesentuh produk mereka itu mampun berfungsi dengan baik di dalam
air. Jam pintar ini agak besar dari jam pintar lain yang berada dalam pasaran dimana
ia berdiameter 48mm. Ia akan kelihatan sedikit pelik bagi pemakai yang
mempunyai pergelangan tangan yang kecil.

Mission menggunakan chipset dari Qualcomm
iaitu SnapDragon 2100 dan dilengkapi dengan beberapa sensor seperti GPS,
Thermometer, altimeter, barometer, e-compass, gyrometer, accelerometer dan
sensor untuk mengukur kelembapan. Ia dikuasakan dengan bateri 400 mAh yang
mampu bertahan lebih dari sehari. Jam pintar ini di jual pada harga $400 sesuai
dengan pelbagai ciri yang disediakan.
Sumber: The Verge