Nivea Men Buat Julung Kalinya Mengadakan Kejohanan E-Sukan FIFA 20

Nivea dengan bangganya mengumumkan pendaftaran bagi kejohanan Nivea Men e-MYPadang FIFA 20 Online Tournament telah dibuka sehingga 15 November 2019 dengan penawaran jumlah wang tunai keseluruhan sehingga RM 10 ribu.

Buat pertama kalinya, Nivea mengadakan kejohanan e-sukan FIFA 20 3v3 untuk semua peminat.

Bagaimana nak sertai kejohanan ini?

  • Anda perlu membeli mana-mana produk Nivea Men (min RM 10 dalam satu resit yang sama)

  • Mula mendaftar di sini bersama 2 lagi rakan anda (satu kumpulan memerlukan 3 pemain)

  • Selepas berjaya mendaftar, anda akan menerima tshirt daripada Nivea Men

  • Anda perlu hadir di Plaza Low Yat pada 30 November sehingga 1 Disember 2019. Di sana, Nivea akan memberikan peserta PSN ID khas kejohanan untuk membolehkan anda bertarung dengan pasukan-pasukan lain.




Hadiah-hadiah bagi pemenang Nivea Men e-MYPadang FIFA 20 Online Tournament adalah seperti:

Juara : RM 3000 tunai

Naib juara : RM 2000 tunai

Tempat ke-3 & 4 : RM 1000 tunai/peserta

Tempat ke-5 - 8 : RM 250 tunai

Untuk dapatkan maklumat lanjut, sila rujukĀ terma dan syarat yang telah dinyatakan oleh pihak Nivea Men.