Nintendo Umum Pokémon Sword & Shield, Bakal Ke Pasaran Global Penghujung Tahun Ini

Permainan video Pokémon merupakan antara penyebab ramai penggemar permainan video memilih untuk mendapatkan konsol mudah alih Nintendo Switch.

Menyedari perkara itu, Nintendo telah mengumumkan permainan terbaru mereka Pokémon Sword dan Shield semasa melalui Nintendo Direct Pokémon baru-baru ini.

https://youtu.be/BdA22Lh6Rwk

Antara pembaharuan yang dibawa masuk ke edisi kali ini ialah tiga Pokémon baharu iaitu Grookey, Scorbunny dan Sobble. Grookey merupakan Pokémon elemen daun, Scorbunny pula api manakala Sobble ialah Pokémon air.

Selain itu, permainan ini juga akan membawa pemain ke rantau baharu iaitu Galar Region serta menawaran penambahbaikan dari segi grafik permainan.

Pokémon Sword dan Shield ini dilapor akan tersedia untuk pasaran global pada penghujung tahun ini.

 

Sumber: BBC