Pada masa ini, gergasi permainan video itu sedang bergelut untuk menghasilkan unit konsol permainan yang cukup berikutan populariti Animal Crossing: New Horizons yang meningkat naik. Ditambah pula keadaan pandemik yang menjadikan lebih banyak pengguna menghabiskan masa di rumah.
Presiden Nintendo, Shuntaro Furukawa mengatakan Nintendo Switch kini adalah buatan Malaysia. Ia merupakan sebagai penambahan kepada lokasi pengeluaran sedia ada iaitu di China dan Vietnam.
Bagi anda yang belum tahu, Sharp merupakan sebuah gergasi teknologi Jepun yang berpusat di Malaysia.
Keputusan untuk memilih Malaysia sebagai lokasi pengeluaran ini dikatakan bermula apabila Nintendo meminta Foxconn Tech (ketika pemerintahan Trump) untuk menyediakan alternatif lokasi pengeluaran di luar China bagi mengelakkan ketegangan perdagangan A.S-China.
Ia kemudian memilih Sharp berikutan syarikat itu mempunyai kapasiti tambahan di Malaysia.
Bagaimanapun, Sharp melalui wakilnya tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara berkenaan. Sementara itu, jurucakap Nintendo juga enggan mengesahkan sebarang perincian berhubung kenyataan umum Presiden Nintendo sebelum ini.
Sumber: Bloomberg
Berkaitan
- Akaun Pengguna Nintendo Digodam, Lebih 300,000 Akaun Terjejas
- Dapatkan Promosi Tukar Bateri iPhone Serendah RM66 Di Switch
- Kemaskini Terbaru Switch Membenarkan Pengguna Pindahkan Permainan Yang Telah Dimuat Turun Ke Kad SD
- Nintendo Switch 2 Dilapor Akan Ditunda Sehingga 2025
- Nintendo Daftar Tanda Dagang Mario & Luigi - Permainan Siri Mario Yang Baru Akan Tiba?
- Jualan Nintendo Switch Meningkat Lebih 2 Kali Ganda Pada Bulan Mac
- Nintendo Switch Dengan Skrin OLED Lebih Besar Akan Dilancarkan Pada Tahun Ini
- Nintendo Switch Pro Dengan Sokongan 4K Mungkin Dilancarkan Pada Tahun Ini
- 4 Permainan Eksklusif Xbox Akan Ditawarkan Untuk PS5, Nintendo Switch
- Switch Tawar Diskaun Tukar Bateri Siri iPhone 12, iPhone 13