Nintendo Switch 2 Berkemungkinan Lebih Kecil Dan Lebih Murah

Nintendo Switch merupakan antara konsol permainan mudah alih yang sedang laris terjual ketika ini. Sejak pelancarannya pada tahun 2017, konsol tersebut dikatakan sudah terjual sebanyak lebih 32 juta unit.

Berikutan dengan kejayaan tersebut, Nintendo dilaporkan bersedia untuk memperkenalkan generasi kedua bagi konsol berkenaan tidak lama lagi. Bezanya, ia didakwa lebih kecil serta lebih murah.

Akan tetapi, ia mungkin kehilangan fungsi terpentingnya iaitu dok ke televisyen. Ini bermakna permainan akan dapat dimainkan pada kualiti grafik 720p sahaja.

Kapsyen: CNET


Terdapat juga laporan yang menyatakan ia masih menyokong fungsi dok, namun perlu dibeli secara berasingan.

Dalam pada itu, ada juga pemerhati yang berpendapat bahawa ia bukanlah Nintendo Switch 2, namun satu lagi variasi Nintendo Switch baharu.

Jika pendapat ini benar, kita mungkin akan dapat melihat konsol Nintendo Switch yang lebih baik sebelum tahun ini berakhir.

Bagaimana dengan anda? Anda lebih sukakan Nintendo Switch yang lebih kecil dan murah atau mahukan sebuah Nintendo Switch yang dinaiktaraf? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

 

Sumber: TechRadar