Nintendo Senaraikan 11 Permainan Paling Laku Bagi Konsol Switch Setakat Ini

Nintendo Switch telah diperkenalkan pada Mac tahun lalu, dan semenjak itu sebanyak lebih kurang 19.67 juta unit konsol permainan tersebut sudah pun terjual. Bagaimanapun, jualan unit konsolnya agak menurut pada separuh pertama tahun ini berbanding tahun lepas.

Akan tetapi, Nintendo tetap merekodkan jualan perisian atau permainan yang amat baik bagi konsol permainan hybrid berkenaan. Penggemar permainan video pasti mengetahui bahawa Nintendo popular dengan permainan keluaran mereka sendiri seperti Super Mario Bros, Legend of Zelda dan Splatoon.



Bercakap tentang perkara tersebut, Nintendo telah pun mengumumkan senarai 11 permainan keluaran mereka bagi konsol Switch yang paling banyak terjual setakat ini. Permainan-permainan tersebut ialah :

  1. Super Mario Odyssey – 11.17 juta

  2. Mario Kart 8 Deluxe – 10.35 juta

  3. The Legend of Zelda: Breath of the Wild – 9.32 juta

  4. Splatoon 2 – 6.76 juta

  5. 1-2-Switch – 2.45 juta

  6. ARMS – 2.01 juta

  7. Kirby Star Allies – 1.89 juta

  8. Xenoblade Chronicles 2 – 1.42 juta

  9. Donkey Kong Country: Tropical Freeze – 1.40 juta

  10. Nintendo Labo – 1.39 juta

  11. Mario Tennis Aces – 1.38 juta




Melihat kepada senarai di atas, dapat kita rumuskan bahawa permainan Super Mario boleh dilabelkan sebagai lagenda bagi Nintendo. Ini dibuktikan dengan tiga edisi permainan berkenaan tersenarai sebagai 11 permainan terlaris.

Namun, kedudukan beberapa permainan dalam senarai ini dijangka akan dicabar dengan beberapa permainan baru yang masih belum dilancarkan. Antara permainan yang mampu menggugat senarai d atas ialah Super Mario Bros : Ultimate dan dua siri Pokemon : Let's Go.

Sumber