Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nintendo Sarankan Konsol Switch Perlu Dicas Setiap 6 Bulan Jika Tidak Digunakan

Nintendo Sarankan Konsol Switch Perlu Dicas Setiap 6 Bulan Jika Tidak Digunakan

Diterbitkan September 30, 2020 oleh Meor Hasyim

Mungkin ada antara pengguna Nintendo Switch yang sudah tidak lagi memainkan konsol tersebut. Sehubungan dengan itu, sudah tentu ia sudah lama tidak dicas kerana tidak digunakan.

Menurut Nintendo, syarikat itu menyarankan pemain agar mengecas konsol Switch mereka sekali dalam masa 6 bulan.

Ini adalah kerana konsol yang tidak dicas lebih dari 6 bulan kemungkinan besar akan rosak baterinya.

ゲーム機に内蔵されているバッテリーは、あまり長い間、充電も使用もしていない状態が続くと、充電できなくなることがあります。

半年に一度は充電してあげてください。 pic.twitter.com/Je8QNH5SNT

— 任天堂サポート (@nintendo_cs) September 28, 2020

Jika pengguna mengecasnya semula, ia tidak akan berfungsi lagi.

Untuk anda yang sentiasa dan masih aktif memainkan Nintendo Switch, jangan risau isu ini tidak akan terjadi kepada menurut Nintendo.

Tambahan lagi, bateri Switch boleh digantikan dengan bateri baharu jika mengalami kerosakan. Jadi walaupun konsol anda sudah lebih 6 bulan tidak dimainkan dan rosak, tukar sahaja baterinya dengan yang baharu.

Sumber: Nintendo Jepun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY