Nintendo Keluarkan Konsol Switch Edisi Pokemon: Let's Go

Konsol Switch merupakan konsol popular buat Nintendo ketika ini dan mereka telah mengeluarkan konsol tersebut versi Pokemon: Let's Go bagi meraikan permainan terbaru Pokemon: Let's Go Pikachu! and Let's Go, Eevee!

Konsol ini akan dilancarkan bersama-sama permainan terbaru Pokemon tersebut apda 16 November ini menampilkan kerja seni mengandungi maskot tersohor permainan tersebut.



Maskot Pikachu dan Eevee jelas kelihatan di bahagian dock peranti tersebut dan bertemakan tema warna kuning dan kuning mustard.







Bukan setakat konsol, kotak yang menempatkan konsol ini juga datang dalam tema yang sama dengan pengguna boleh memilih antara dua; Pikachu atau Eevee.





https://youtu.be/fOcOJz8ustg