Nintendo Dilaporkan Mahu Lancar Dua Model Switch Tahun Ini

Nama Nintendo mula melonjak naik semula dalam arena permainan video apabila peranti mudah alih mereka, Nintendo Switch diperkenalkan pada tahun 2017.

Sejak itu, lebih 32 juta unit konsol berkenaan telah berjaya dijual di seluruh dunia. Walaupun ia adalah satu kejayaan besar, Nintendo nampaknya seperti tidak mahu berhenti di situ sahaja.

Mereka kini didakwa sedang dalam proses pembangunan dua buah model Switch baharu. Menariknya, model tersebut dijangka akan dilancarkan seawal musim panas(Jun-Sept) ini.

https://youtu.be/3c6MWsEE884
Video acah Nintendo Switch generasi kini

Bagaimanapun, hanya satu daripadanya merupakan model yang lebih baik dari model Switch sekarang manakala satu lagi model yang bakal diperkenalkan adalah lebih kepada variasi "bajet" kepada Switch.

Ia bagi mengelakkan Nintendo Switch sedia ada menjadi "lapuk" walaupun selepas generasi barunya dilancarkan.

Acara persidangan pembangun hiburan elektronik E3 2019 dijadual akan berlangsung di Los Angeles pada 12 Jun-14 Jun ini dan Nintendo dijangka akan memperkenalkan 2 model Switch baru mereka pada acara itu nanti.

 

Sumber: Variety