Nintendo Dijangka Gandakan Pengeluaran Konsol Switch Sehingga 16 Juta Unit

Tidak sempat beli  Switch tapi stok dah habis?

Jangan risau kerana Nintedo dikhabarkan bakal menggandakan pengeluaran konsol Switch untuk tahun 2017 ini.

Laporan sebelum ini mengatakan Nintendo hanya akan mengeluarkan 8 juta unit konsol tetapi melihatkan sambutan hangat dari seluruh dunia, pengeluaran akan dipertingkatkan.

hero-1 Kapsyen: Wii U


Jika dibandingkan dengan konsol edisi terdahulu iaitu, Wii U, nampaknya Switch lebih "laku" kerana dalam masa 4 tahun Wii U terjual lebih kurang 13.5 juta unit sahaja.

Walaupun begitu Switch ketinggalan sedikit di belakang Wii edisi original yang berjaya terjual sebanyak 17 juta unit pada tahun pertama ia dipasarkan.

Tetapi rasanya masih awal untuk menyatakan Switch ketinggalan dengan Wii Original bukan?

Wii-Original Kapsyen: Wii Original


Siapa yang dah beli Switch? Boleh kongsikan pengalaman bermain konsol di ruangan komen?