Nilai Tukar Semula Peranti iPhone Dinaikkan

Apple sekali lagi mengubah nilai tukar semula untuk barisan peranti mereka selepas dikemas kini pada Disember tahun lalu, menurut MacRumors.

Pengguna peranti Apple luar negara kini boleh mendapatkan nilai tukar semula yang lebih tinggi daripada jangkaan.



Antara peranti yang mendapat kenaikan harga tukar semula adalah seperti iPhone 11 Pro Max, iPhone 11 Pro, iPhone 11, dan iPhone 6S Plus.

Bagi pengguna yang berminat untuk melakukan pertukaran, pengguna perlu menjawab beberapa soalan berkaitan peranti di laman sesawang Apple.

Penilaian kadar harga akan ditentukan melalui jenama, model, dan keadaan peranti tersebut.

Walaupun kadar kenaikan hanya dalam kadar rendah ($5 hingga $20), nilai yang diterima lebih berbaloi dan selamat berbanding pertukaran atau jualan secara sendiri.

Sumber: ubergizmo dan BGR