Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nikon Malaysia Akan Henti Operasi Mulai 1 Januari 2021

(Dikemas Kini) Nikon Dilapor Tidak Lagi Akan Keluarkan Model Kamera SLR

Diterbitkan Julai 14, 2022 ยท Dikemas kini Julai 14, 2022 oleh ariff bukhari

Kemas kini pada 4.45pm, 14/7/2022:

Nikon telah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka berkaitan laporan media mengatakan mereka menarik diri dari pengeluaran model kamera SLR sebelum ini.

Nikon menyatakan laporan itu hanyalah spekulasi semata-mata. Sebaliknya mereka masih lagi terus mengeluarkan kamera SLR termasuklah jualan dan servis kamera tersebut.

Artikel asal:

Pengeluar kamera profesional popular dari Jepun, Nikon dilaporkan tidak akan lagi mengeluarkan model-model kamera SLR.

Ini bermakna mereka akan menarik diri dari perniagaan kamera SLR selepas lebih 60 tahun mereka dalam industri fotografi.

Menurut laporan oleh Nikkei Asia, Nikon akan memfokuskan kepada pengeluaran model-model kamera ‘mirrorless‘ serta teknologi digital yang lebih moden.

Nikon yang merupakan pengeluar kamera SLR kedua terbesar dunia selepas Canon dilihat semakin ‘tewas’ dengan kehadiran kamera telefon pintar.

Pesaing utama Nikon iaitu Canon juga dilaporkan akan mengikut jejak Nikon untuk memberhentikan pengeluaran kamera SLR dalam beberapa tahun akan datang.

Nikon pertama kali mengeluarkan kamera SLR meraka adalah dalam tahun 1959 dahulu. Kemudian pada lewat 1990 an, mereka telah beralih kepada kamera digital SLR.

Sumber: Nikkei Asia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY