Nikon Menutup Kilang Mereka Di China, Menyalahkan Telefon Pintar

Telefon pintar hari ini bertidak sebagai peranti yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia. Telefon pintar utama khususnya berupaya mengambil gambar yang cantik tanpa perlu menggunakan kamera digital kompak.

Trend ini dilihat berkembang sehinggakan memberi kesan kepada penjualan kamera digital kompak. Nikon, pembuat kamera dari Jepun telah mengambil keputusan untuk menutup kilang pembuatan kamera digital kompak mereka di China. Mereka menyalahkan peningkatan teknologi dalam peranti telefon pintar yang memberi impak dalam penjualan kamera digital.

Pasaran kamera DSLR pula masih memberi pulangan yang baik kepada Nikon dan penutupan kilang ini bukan bermakna Nikon sedang menghadapi masalah yang besar. Nikon baru sahaja melancarkan kamera DSLR mereka, D850 pada bulan 8 lepas dan hasilnya sangat memberangsangkan.

Sumber