Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nikon Malaysia Akan Henti Operasi Mulai 1 Januari 2021

Nikon Malaysia Akan Henti Operasi Mulai 1 Januari 2021

Diterbitkan November 4, 2020 oleh Amsyar Latif

Hari ini kita dapat satu kejutan yang agak sedih dimana Nikon (Malaysia) Sdn Bhd mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan operasi serta merta berkuatkuasa 1 Januari 2021.

Nikon Malaysia Akan Henti Operasi Mulai 1 Januari 2021

Khususnya buat peminat fotografi di Malaysia, ia adalah satu perkara yang menyedihkan. Berdasarkan pengumuman Nikon di laman rasminya, mereka telah melantik Futuromic Photo AV Sdn Bhd bagi pengedar rasmi produk Nikon di Malaysia.

Futuromic juga sekaligus akan mengambil alih bahagian jualan, pemasaran dan perkhidmatan pelanggan untuk pasaran tempatan. Manakala, QES (Asia Pasifik) Sdn Bhd akan menjadi pengedar sah Nikon untuk perniagaan Industri Metrologi.

Dalam tempoh peralihan ini, Nikon (Malaysia) masih beroperasi seperti biasa sehingga 31 Disember 2020. Kemungkinan perkembangan teknologi kamera pada peranti pintar membantutkan jualan kamera DSLR dimana kamera ini hanya digunakan golongan profesional.

Sumber: Nikon

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY