Nikmati Promosi Dan Diskaun Bercuti Di Legoland Malaysia Menggunakan Touch 'n Go eWallet

TNG Digital Sdn Bhd, dengan kerjasama LEGOLAND® Malaysia Resort telah memulakan kerjasama untuk membawakan pengalaman bercuti tanpa tunai. Dengan kerjasama ini, Touch 'n Go eWallet boleh digunakan untuk membeli hampir apa saja dari taman tema berkenaan, seperti tiket masuk, makanan dan minuman, serta barangan cenderamata.

Ignatius Ong, CEO TNG Digital Sdn Bhd berkata, "Kami menjadi lebih bersemangat apabila syarikat seperti LEGOLAND® Malaysia Resort berkongsi visi kami untuk mengorak langkah seterusnya dalam memacu Malaysia ke arah transformasi digital. Dengan kehadiran kami di lokasi transaksi, kami bukan saja dapat memperluaskan penggunaan Touch 'n Go eWallet bukan hanya untuk bayaran tol, malah dapat membuktikan  bahawa pembentukan masyarakat tanpa tunai sudah hamper dicapai.  Digabungkan pulan dengan lonjakan pelancongan domestik dan juga ketibaan musim cuti akhir tahun, kerjasama kami dengan LEGOLAND® Malaysia Resort bermula pada masa yang amat tepat.”



"Kami gembira untuk bekerjasama dengan Touch 'n Go eWallet untuk menawarkan seisi keluarga satu pengalaman yang lebih sempurna di resort kami. Di LEGOLAND® Malaysia Resort, kami sentiasa menerima teknologi baru dan memperkembangkan tarikan kami supaya semua ahli keluarga dapat meluangkan masa mereka untuk mengukir kenangan manis dan berseronok sambil belajar,” kata Kurt Stocks, Pengurus Besar di LEGOLAND®  Malaysia Resort.

Untuk raikan kerjasama ini, semua pelanggan akan dapat menikmati promosi yang berikut sehingga 31 Disember 2019 dengan menggunakan fungsi "Pay" pada aplikasi Touch 'n Go eWallet:

  • Diskaun 35% untuk transaksi sehingga empat (4) tiket harian/tiket kombo LEGOLAND® Malaysia (Dewasa/Anak/Warga Emas) yang dibeli dalam satu resit. Kemasukan hanya sah pada hari pembelian yang sama.

  • Promosi 10% diskaun untuk cenderamata - Promosi ini boleh dinikmati di semua kedai cenderamata LEGOLAND®  Malaysia Resort kecuali di kedai cenderamata hotel LEGOLAND®. Promosi ini tidak boleh digunakan untuk barangan cenderamata yang sudah dikenakan diskaun.

  • Promosi 10% diskaun F&B - promosi ini adalah sah di semua kedai makanan di LEGOLAND® Malaysia kecuali di Bricks Cafe & Bricks Restaurant di LEGOLAND® Diskaun ini tidak termasuk caj perkhidmatan yang dikenakan seperti SST.


Untuk maklumat lanjut, terkini, dan terma & syarat untuk promosi ini, sila layari https://www.tngdigital.com.my/promotions atau https://www.legoland.com.my/.