Nikmati Pengalaman Philips Hue Dan Razer Di Gamers Hideout

Pada tahun 2018 yang lalu, Razer dan Philips Hue telah mengumumkan kolaborasi bersama. Ia bertujuan untuk meningkatkan pengalaman bermain menggunakan cahaya sebagai satu bentuk hiburan.

Kali ini, Razer dan Philips Hue mengajak para pemain tempatan untuk merasai pengalaman itu sendiri di Gamers Hideout, Central i-City. Persembahan terbaru yang dilakukan mereka bertujuan untuk memberi pemain meningkatkan permainan.



Buat anda yang tidak tahu, Philips Hue memberikan satu pengalaman baru buat pemain kerana semua peranti Razer dapat disatukan dengan Chroma RGB dan Philips Hue.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=31&v=GzgwqVHuZ44&feature=emb_title

Ia akan menghidupkan permainan dengan meniru kesan dalam permainan dan mencerminkannya di seluruh bilik pemain.

Dengan pilihan yang banyak itu juga, setiap permainan adalah diperibadikan dan setiap pengalaman adalah unik bagi pemainnya.



Jika anda berminat, anda boleh menikmati pengalaman ini di Gamers Hideout Central i-City mulai hari ini.