Nike Melancarkan Koleksi Terbaru Kejuaraan Dunia League Of Legends 2020



Menjelang Kejuaraan Dunia League of Legends 2020 akhir bulan ini, Nike telah melancarkan koleksi terbaru kasut dan pakaian untuk acara itu. Selaku penaja utama juga, koleksi barangan bermula dari kasut Nike Sportswear yang dicetak digital hingga keluaran khas Air Jordan 1.

Ada juga rekaan jersi untuk empat pasukan LoL dari China, iaitu Top Esports, JD Gaming, Suning, dan LGD. Koleksi ini nanti akhirnya dilengkapkan dengan satu set pakaian kasual yang menarik.

nike

Walaupun Jordan Brand hanya mengeluarkan satu rekaan kasut, yang dinamakan Air Jordan 1 High Zoom, tetapi ia boleh dikatakan yang terbaik dari koleksi ini. Model ini berwarna putih dengan aksen ungu reflektif yang akan kelihatan berbeza dalam gelap dan juga di bawah cahaya terang. Lidah kanan kasut pula menampilkan grafik peta Summoner's Rift dan dipercayai rekaan ini diilhamkan oleh trofi kejuaraan League of Legends.

nike

Bukan itu sahaja, Nike telah melancarkan tujuh kasut untuk koleksi ini iaitu Air Max 90, Blazer Mid '77 Vintage, Air Force 1 Low, Air Force 1 High, Air Max 270 React, Joyride Dual Run 2, dan Air Max 2X. Setiap model hanya mempunyai sedikit perbezaan dari segi hiasan. Persamaan antara kasut-kasut itu pula boleh dilihat di bahagian Swoosh, butiran yang seakan metallic, serta slogan "Have a Good Game" dan "Have a Nike Day" pada kasut.

nike

Keempat-empat jersi menampilkan cetakan grafik setiap pasukan, dengan struktur Dri-FIT dan reka bentuk yang mementingkan keselesaan pemain sewaktu dalam perlawanan. Akhir sekali, koleksi ini hadir dengan jaket bomber, hoodie dan kemeja-T dengan cetakan Swoosh digital serta slogan-slogan dari Nike.



Tarikh pelancaran masih belum diumumkan, tetapi tentunya akan dirasmikan sekitar waktu Kejuaraan Dunia League of Legends akhir bulan ini nanti.

Sumber: engadget & Inven Global

Baca lagi: Tontonan Siaran Langsung CIMB Liga Super 2020 Secara Percuma!