Nike Guna Aplikasi AR Untuk Tentukan Saiz Kasut Yang Sesuai Dengan Anda

Nike perkenal teknologi baru mereka iaitu Nike Fit, pengesan tapak kaki yang direka bagi mendapatkan saiz kaki yang sesuai.

Teknologi ini menggunakan kombinasi penglihatan komputer, butiran saintifik, pembelajaran mesin, kecerdasan buatan (AI) dan algoritma yang akan menyarankan saiz sesuai bagi kaki anda.



Pengguna boleh dapatkan saiz kasut mereka menggunakan aplikasi Nike atau di kedai bagi menggunakan teknologi tersebut.



"Teknologi Augmented Reality adalah pengalaman terbaru yang bakal dirasai oleh pelanggan" kata Josh Moore, Naib Presiden Rekaan dan Pengalaman Pengguna.

Ujarnya lagi, ia sesuatu pengalaman yang baru dimana ia menggunakan kamera peranti mudah alih bersama-sama teknologi seperti AR atau pengesan 3D.

https://www.youtube.com/watch?v=QBrskBwURMk

Idea bagi teknologi ini adalah bagi mengelakkan pengguna membuang masa mencari saiz kasut yang sesuai dengan ukuran kaki.

Sumber: Tech Crunch dan CNBC