Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Nike Bakal Lancarkan Kasut Dengan Tema PlayStation Kedua Mereka Pada 1 Disember Ini

Posted on November 23, 2018November 24, 2018

Nike akan memperkenalkan sepasang lagi kasut bertemakan PlayStation, PlayStation x Nike PG 2.5 pada 1 Disember ini. Sekali lagi, kasut berkenaan telah dihasilkan dibawah siri Paul George(PG). Ia mungkin disebabkan minat mendalam beliau dalam dunia permainan video selama ini.

Kredit: Eurogamer
Kredit: Sneaker News

Bezanya, kali ini keluaran istimewa Nike tersebut menginspirasikan konsol lagenda Sony, PlayStation One(PsOne). Bagi anda yang pernah memiliki konsol tersebut, warna yang ada pada kasut ini nanti pasti akan menarik perhatian anda.

Selain itu, empat simbol popular PlayStation(petak, segi tiga, bulatan, X) akan menghiasi bahagian belakang dan atas kasut berkenaan. Logo PlayStation dan Paul George yang ada pada kasut PlayStation x Nike pertama juga akan kekal.

Bagaimanapun, seperti keluaran yang pertama, kasut bola keranjang terbaru dari Nike ini berkemungkinan besar agak sukar untuk didapati di negara ini. Harganya juga bukanlah murah memandangkan edisi biasa bagi Nike PG 2.5  ini dijual pada harga RM 455 di laman sesawang Nike.

 

Sumber: Eurogamer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress