New York Membenarkan Ujian Teknologi Kereta Pandu Sendiri Selama 1 Tahun

Seperti yang kita tahu syarikat seperti Uber dan Waymo sedang membina teknologi self-driving dan sebelum ini mereka berhadapan dengan masalah mendapatkan kebenaran menggunakan jalanraya sebenar untuk ujian di beberapa kawasan

Namun, lucky for them, hari ini Pesuruhjaya New York mengumumkan kebenaran untuk menggunakan bandar New York sebagai kawasan ujian teknologi self-driving ini.

Tetapi kebenaran ini hanya untuk 1 tahun sahaja. Ini bermakna tempoh yang dibenarkan untuk syarikat teknologi menggunakan bandar New York sebagai tempat ujian self-driving akan tamat pada April tahun hadapan.

Untitled

Ujian yang dijalankan juga haruslah di pantau oleh Polis New York dan pemandu yang berlesen haruslah berada di dalam kereta. Langkah ini diambil supaya kemalangan dapat di elakkan.

Sebelum ini ujian kereta pandu sendiri Uber yang dijalankan di Arizona terlibat dengan kemalangan menyebabkan ianya di hentikan buat sementara waktu.

New York merupakan bandar ke-4 yang membenarkan ujian pandu sendiri ini, antara yang lain adalah seperti California, Pennsylvania dan Arizona.

Sumber

 

Berkaitan