'Never Have I Ever' Kembali Untuk Musim Kedua

Drama bersiri popular di Netflix, Never Have I Ever secara rasmi akan kembali untuk musim kedua. Perkara ini diumumkan semalam melalui perkongsian video di akaun Twitter rasmi Never Have I Ever sendiri.

https://twitter.com/neverhaveiever/status/1278418097519681536

 

Never Have I Ever mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis remaja, Devi (Maitreyi Ramakrishnan) yang baru sahaja kehilangan bapanya. Disebabkan keinginannya untuk menjaga status dalam kalangan rakan-rakan, Devi sering dilanda masalah dengan rakan, keluarga, dan juga cinta.

never have i ever netflix

Siri yang berkisar tentang kehidupan keluarga India-Amerika ini telah mendapat banyak pujian dan sejurus itu menjadi sebuah kejayaan.

never have i ever netflix


Walaupun masih belum ada kepastian mengenai tarikh tayangan musim kedua siri ini, nampaknya sudah ramai penonton tidak sabar dan gembira mengenai perkhabaran ini. Bagi yang belum menonton musim pertama Never Have I Ever,  anda boleh melakukannya melalui Netflix.



Sumber: TVLine