Netflix Uji Pelan Mudah Alih Terbaru Dengan Harga Kurang RM15 Sebulan Di India

Platform penstriman video terkenal, Netflix kini sedang menguji pelan mudah alih terbaru mereka dengan harga lebih murah buat pasaran India.

Melalui pelan tersebut, pelanggan akan dapat menonton filem atau siri yang disediakan dengan harga Rs. 250(~RM14.75) sebulan sahaja. Ia adalah separuh daripada harga langganan pelan asas yang ditawarkan di sana ketika ini iaitu Rs. 500(~RM29.50)/bulan.

Kapsyen: Entrackr


Akan tetapi, pelanggan hanya boleh menonton video pada kualiti definisi biasa(SD) serta pada satu peranti mudah alih dalam satu-satu masa.

Beberapa bulan yang lalu, Netflix menyatakan cadangan mereka untuk menguji pakej kos rendah mereka di Asia bagi mempertingkatkan jumlah pelanggan mereka di benua berkenaan.

Malah, mereka juga pernah melakukan ujian yang sama di Malaysia pada November yang lalu dengan menawarkan pelan mudah alih pada harga serendah RM17/bulan.

 

Sumber: LiveMint