Netflix Tambah Sokongan 'Screen Lock', Elak Tertekan Mana-Mana Butang Semasa Menonton

Adalah suatu yang mengecewakan apabila tontonan Netflix menjadi terganggu apabila secara tidak sengaja tertekan mana-mana butang yang menyebabkan kandungan tersebut terhenti atau beralih ke episod yang lain.

Kini, bagi pengguna peranti Android, Netflix telah menambah sokongan fungsi baru bagi mengelakkan perkara tersebut.

Telah mula dilepaskan beberapa hari lalu, Netflix menambah fungsi baru Screen Lock. Fungsi ini akan dipaparkan di bahagian bawah skrin setelah anda memainkan kandungan di Netflix.

Screen Lock Netflix

Mengaktifkan fungsi ini akan menyembunyikan semua Netflix UI termasuk play/pauseaudio & subtitles dan lain-lain. Hanya ikon lock yang akan dipaparkan pada skrin . Sekiranya anda ingin nyahaktif fungsi itu, tekan dua kali pada ikon tersebut dan Netflix UI akan kembali dipaparkan pada skrin.

Bagaimanapun, sistem navigasi Android seperti butang kembali dan sebagainya masih berfungsi seperti biasa apabila fungsi ini diaktifkan. Pada masa ini, fungsi screen lock masih belum tersedia pada peranti iOS.

Sumber: 9to5Google