Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
netflix microsoft

Netflix Sah Kerjasama Dengan Microsoft Untuk Pelan Iklan Baharu Kelak

Diterbitkan Julai 14, 2022 · Dikemas kini Julai 14, 2022 oleh Nadiah Ab

Netflix sah akan bekerjasama dengan Microsoft untuk pelan penstriman baharu yang disokong iklan tidak lama lagi.

Syarikat tersebut mengatakan Microsoft akan menjadi rakan kongsi jualan dan teknologi pengiklanan global apabila melancarkan pilihan yang lebih murah.

COO Netflix, Greg Peters, berkata matlamat jangka panjang mereka adalah untuk menawarkan lebih banyak pilihan untuk pengguna dan pengalaman jenama TV premium yang lebih baik untuk pengiklan.

Netflix telah mendedahkan inisiatif untuk menawarkan pelan yang lebih murah dan disokong iklan sejak bulan Mei lagi.

Walaupun tarikh rasmi untuk pelancaran peringkat itu masih belum diumumkan, ia dikhabarkan akan tersedia kepada pelanggan menjelang akhir tahun 2022.

Ini juga selaras dengan usaha Netflix untuk pulih kembali setelah menghadapi penurunan pelanggan buat kali pertama dalam sedekad, mengatasi 222 juta di seluruh dunia.

Sumber: Netflix, Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY