Netflix Perkenal 'Spatial Audio', Bukan Untuk Pengguna Apple Sahaja

Netflix mengumumkan bahawa ia akan membawa spatial audio ke semua peranti dengan tujuan untuk meningkatkan pengalaman mendengar pada seluruh kandungan aslinya.

Buat masa ini, kandungan yang menyokong audio spatial ini termasuk musim keempat Stranger ThingsThe Adam ProjectRed NoticeThe WitcherLocke & Key, dan lain-lain.

Audio spatial ini direka untuk memberikan bunyi seperti dalam panggung daripada filem atau rancangan TV, seolah-olah seperti ada bunyi yang muncul dari sekeliling anda.

Pengguna boleh menaip "Spatial Audio" ke dalam bar carian Netflix untuk mencari semua filen dan siri yang menyokong ciri tersebut.

Bilangan kandungan yang serasi dengan audio ini akan bergantung pada peranti penstriman anda.

Ini juga bermakna pengguna dengan peranti yang biasanya tidak menyokong audio spatial kini boleh menggunakannya.

Semua pelanggan tanpa mengira pelan langganan, turut akan dapat menggunakan ciri ini.

Teknologi AMBEO Sennheiser dilesenkan oleh Netflix untuk menyampaikan audio spatial melalui mana-mana perkakas stereo 2 saluran, yang menyediakan audio tiga dimensi tanpa memerlukan pembesar suara tambahan atau peralatan teater rumah.

Bagi pengguna yang menonton pada iPhone, iPad atau Apple TV, Netflix mengatakan bahawa kualiti penstriman perlu ditetapkan kepada "High" atau "Auto" untuk menonton kandungan dengan ciri baharu ini.

Sumber: Netflix
Gambar utama: FlatPanels