Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
netflix

Netflix Mahu Kerjasama Dengan Pihak Telekomunikasi Dan ‘e-Wallet’ Di Asia

Diterbitkan Jun 29, 2022 · Dikemas kini Jun 29, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Netflix sedang mencari jalan untuk mengukuhkan kedudukan mereka di rantau Asia Pasifik.

Walaupun mereka sedang berusaha mengurangkan perbelanjaan namun Tony Zameczkowski berkata pelaburan di Asia akan terus bertambah.

Ini termasuklah peruntukan bagi penghasilan filem dan siri tempatan.

Tony Zameczkowski ialah naib presiden pembangunan perniagaan untuk Asia Pasifik.

Sementara ia terus menyediakan pelan khas untuk mudah alih (mobile), Netflix sedang merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat penyedia perkhidmatan wayarles (wireless operator) dan syarikat pembayaran digital (digital payment) untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Terang Tony, strategi ini sesuai dengan rantau yang penggunanya tidak terlalu biasa dengan kad kredit.

Asia ialah proksi bagus untuk pasaran rantau lain kerana ada persamaan antara Asia dengan pasaran Afrika serta Amerika Latin, misalnya. Jadi, apa yang dipelajari mereka di sini dapati dilaksanakan di rantau pasaran lain, jelas Tony lagi.

Untuk makluman, rantau Asia Pasifik menyumbang pada 15% jumlah keseluruhan pelanggan Netflix seluruh dunia.

Walaupun Netflix kehilangan ramai pelanggan tahun ini, namun penganalisis menjangka separuh kedua tahun 2022 akan menyaksikan pertambahan sekitar 6.8 juta ahli baru dengan 79% daripada datang daripada Asia Pasifik.

Sedikit selingan, jika anda mahu jimat lebih menggunakan ShopeePay, boleh bacanya di SINI.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY