Netflix Kini Dengan Sokongan Dolby Atmos

Netflix minggu ini telah mengumumkan penambahan terbaru dalam servis penstriman video mereka dengan menambah sokongan audio Dolby Atmos. Ciri audio yang lazat ini akan membuat kemunculannya pada filem Okja, sebuah filem arahan Boon Joon Han yang telah debut di Cannes Film Festival.

Filem Okja ini juga boleh ditonton dengan format Video HDR- Dolby Vision. Menurut Netflix, ciri Dolby Atmos ini akan dihadirkan ke lebih banyak filem di masa akan datang antaranya Okja (June 28), BLAME! (July 28), Death Note (August 25), Bright (December) dan Wheelman (2017).

Kebanyakkan daripada filem yang ditayangkan juga boleh ditonton dengan kualiti 4K dan HDR.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=hjnkZKtQ7lc&t=9s[/embed]

Seperti yang diketengahkan oleh sesetengah panggung wayang di Malaysia, Dolby Atmos merupakan satu ciri yang akan meningkatkan lagi pengalaman penonton dalam merasai setiap detik dalam filem.

Namun pada ketika ini, ciri Dolby Atmos hanya boleh digunakan untuk beberapa peranti sahaja seperti Microsoft's Xbox One, One S dan TV LG OLED. Pengguna Xbox perlu menyambungkan konsol mereka dengan sistem Home Theater, TV yang menyokong Dolby Atmos.

Pengguna boleh menyambung dengan menggunakan fon telinga yang boleh didapati di Dolby Access app in the Xbox Store. TV LG OLED pula sudah memiliki keupayaan sokongan Dolby dengan ciri suara 360 darjah, jadi pengguna sudah tidak perlu menyambungkan dengan sistem audio luar.

Sumber: Netflix