Untuk harga pelan Basic, ia akan dinaikkan dari RM33 ke RM35, pelan Standard dari RM42 ke RM45, dan pelan Premium dari RM51 ke RM55.
Menariknya hanya pelan mudah alih sahaja yang tidak berubah iaitu kekal pada RM17 sebulan.
Menurut Leigh Wong, Ketua Komunikasi untuk Netflix Asia Tenggara, ini merupakan kali pertama Netflix meningkatkan harga langganan sejak Netflix mula diperkenalkan di Malaysia pada Januari 2016 lalu.
Dengan perubahan harga tersebut, ia membolehkan Netflix terus memfokuskan kepada pengalaman menonton untuk pengguna yang lebih baik.
Mengikut laporan The Star, pengguna sedia ada akan dimaklumkan dengan perubahan harga itu bermula 9 Januari. Pengguna juga akan diberi tempoh makluman 1 bulan tentang harga baharu itu.
Perubahan harga ini adalah seiring dengan pengumuman cukai digital yang dikenakan pada perkhidmatan atas talian yang akan berkuatkuasa secara efektif bermula 1 Januari 2020 nanti.
Sumber: The Star
Berkaitan
- Pelantar Pendidikan Digital DELIMa Oleh Kementerian Dikatakan Mendiskriminasi Kandungan Tempatan
- Penstriman Netflix Pada Peranti Android Kini Lebih Jimat Data Dengan Codec AV1 Baharu
- Jenama Kamera Yang Digunakan Untuk Penerbitan Netflix
- Iklan Di Facebook Juga Bakal Dikenakan Cukai 6% Bermula 1 Januari 2020
- Netflix Mengemaskini Senarai Peranti Yang Menyokong HD Dan HDR, Model Samsung Paling Banyak
- Google Doodle Hadir Dengan Kad Interaktif Digital Sempena Hari Ibu 2020
- Western Digital Tambah Pelaburan Sebanyak RM2.3 Billlion Untuk Tingkatkan Pengeluaran Di Malaysia
- Siap Sedia Untuk Bayar Cukai Digital Google Sebanyak 6% Bermula 1 Januari 2020
- Syarikat Tukaran Aset Digital Luno Mendapat Kelulusan Daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
- Pelepasan Cukai RM2,500 Pembelian Telefon, Tablet, Dan Komputer Dilanjutkan Lagi Sehingga 31 Disember 2021