Nest Audio Merupakan Pembesar Suara Pintar Terbaharu Google

Selain melancarkan Pixel 4a 5G, Pixel 5, dan Chromecast, Google turut melancarkan pembesar suara pintar Nest Audio.

Ia merupakan pengganti kepada Google Home yang dilancarkan pada tahun 2016 lalu.

https://youtu.be/zNjjKH79OMI

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan cip 8 teras Cortex-A53 berkelajuan 1.8GHz dengan berat 1.2kg.

Sistem audio boleh adalah dari "mid-woofer" 75mm "tweeter" 19mm, 3 mikrofon, dan juga suis senyap untuk mikrofon tersebut.



Menurut Google, ia menawarkan 75% kelantangan lebih tinggi dan 50%  dentuman lebih kuat berbanding Google Home 2016.

Pengguna juga boleh menghubungkan dua Nest Audio untuk menjadikannya sebagai sistem stereo.

Nest Audio dijual pada harga $99 dan ia lebih rendah jika dibandingkan dengan Google Home 2016 yang berharga $129 ketika itu.

Sumber: Google

Berkaitan