NES Edisi Klasik Terjual Sehingga 1.5 Juta Unit

Sukar untuk mempercayai tetapi itulah kenyataan sebenar, konsol permainan NES Edisi Klasik dari Nintendo berjaya mencapai angka jualan sehingga 1.5 juta unit di seluruh dunia. Ramai tidak menyangka akan hal ini kerana syarikat pengeluar konsol gergasi yang lain seperti Sony dengan PlayStation 4 dan Microsoft dengan Xbox One dilihat mendominasi pasaran dunia.

Dalam satu laporan kewangan yang dikeluarkan oleh Nintendo, mereka mengumumkan hasil jualan unit NES edisi klasik yang sudah terjual dipasaran global. Difahamkan juga, syarikat itu kekurangan stok untuk memenuhi permintaan tinggi seluruh dunia. Presiden Nintendo, Tatsumi Kimishima menjelaskan kepada pelabur bahawa ada beberapa komponen NES edisi klasik tersebut mengambil sedikit masa untuk dihasilkan.

Dengan reka bentuk lebih kecil berbanding model yang asal, ia menjadikan edisi klasik ini mudah dibawa kemana-mana sahaja. Mungkin sebab utama model ini mendapat sambutan pasaran global adalah kerana ia mengimbau kenangan para pembeli ketika di zaman kanak-kanak. Antara permainan yang boleh dimainkan pada konsol ini adalah Super Mario Bros, The Legend of Zelda, PAC-MAN, Mega Man,Gradius dan bermacam-macam lagi. Tidak seperti konsol versi lama, NES Edisi Klasik ini menggunakan sambungan USB dan HDMI kabel untuk sambungan ke TV.
NES edisi klasik boleh di beli di Malaysia pada harga RM249 dan untuk controller tambahan anda perlu membayar RM49.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=qAGVilt3Rls[/embed]

 

Sumber: Slash Gear