Need For Speed Hadir Pada Penghujung 2017

Berita gembira buat penggemar Need For Speed dimana siri baru permainan lumba kereta berkenaan akan hadir pada penghujung tahun ini.

Pengumuman itu dibuat oleh pembangun permainan, Ghost Games, dan mereka turut menyatakan maklumat lanjut tentang permainan baru itu akan diumumkan pada 2 Jun nanti.

"Kini kebanyakkan dari anda sudah mendengar tentang pembangunan permainan baru di Ghost Games. Kami dengan rasa gembira ingin mengumumkan bahawa anda akan dapat bermain permainan Need For Speed pada penghujung tahun ini. Banyak maklumat yang ingin kami kongsikan pada acara EA PLAY bulan Jun nanti."



Berdasarkan kenyataan dari Ghost Games, tidak banyak informasi yang boleh kita perolehi sekarang.

Difahamkan Need For Speed baru ini akan turut ditawarkan pada platform Microsoft yang akan datang, Project Scorpio.

Need For Speed 2017  merupakan siri permainan yang ke 24 dari Ghost Games, anak syarikat kepada EA Sports.

Sumber: Ghost Games