NATO Berkata Serangan Siber Akan Aktifkan Klausa Pertahanan Bersama

Artikel 5 Perjanjian Atlantik Utara menyatakan sebarang serangan terhadap salah seorang ahli NATO dianggap sebagai serangan ke atas semua ahlinya termasuklah peperangan siber.

Bercakap kepada wartawan pada hari rabu, Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg berkata klausa pertahanan bersama NATO boleh diaktifkan sekiranya negara ahli NATO terlibat dalam serangan siber.

Kenyataan itu hadir selepas serangan ransomware Petya yang menyerang Ukraine dan pihak NATO sedang membantu negara itu memulihkan pertahana siber mereka.

Setiausaha Agung NATO itu juga menambah yang mereka sedang memperkuatkan sistem pertahanan siber mereka termasuk negara-negara ahli dan mengadakan lebih banyak latihan dalam isu-isu siber.

Sejak serangan ransomware Petya bermula telah merekodkan sebanyak 2,000 serangan di lebih 64 buah negara.

Sumber