NASA Umum Penemuan Kehadiran Air Di Permukaan Bulan

Hari ini pihak National Aeronautics and Space Administration (NASA) membuat pengumuman penting kepada seluruh dunia bahawa mereka telah menjumpai bukti penemuan air di permukaan bulan.

Penemuan itu datangnya dari SOFIA iaitu sebuah kapal terbang Boeing 747 yang telah diubah suai untuk membawa sebuah teleskop ke atmosfera Bumi yang setinggi 45,000 kaki di udara.

Penemuan air itu bukanlah lopak atau kolam air sebaliknya datang dalam bentuk molekul yang terpisah antara satu sama lain. Ia telah dijumpai di sebuah kawah bulan Clavius yang terletak di hemisfera Selatan bulan.

SOFIA menggunakan kamera inframerah khas yang mendapati gelombang panjang molekul tersebut menyerupai hidroksil atau OH.

Penemuan ini secara tidak langsung mengesahkan jangkaan pakar bahawa terdapat air di bulan.

Buat masa ini, para saintis dan pakar sedang cuba untuk mengenal pasti mengapa dan bagaimana air boleh terjadi di sana.

Sumber: CNN