Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nasa Space Apps Challenge Kuala Lumpur 2020 Dijalankan Secara Maya

Nasa Space Apps Challenge Kuala Lumpur 2020 Dijalankan Secara Maya

Diterbitkan Oktober 5, 2020 · Dikemas kini Disember 9, 2020 oleh Amsyar Latif

Pada 2 hingga 4 Oktober yang lalu, Unlock Design International telah menganjurkan acara maya global terbesar iaitu Nasa Space Apps Challenge Kuala Lumpur 2020. Ia juga merupakan kolaborasi pertama syarikat tersebut dengan ORIX Leasing Malaysia Berhad.

NASA Apps Challenge Kuala Lumpur 2020

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Unlock Design International, acara ini menunjukkan peluang yang sangat baik bagi para peserta untuk mempraktikkan kemahiran dalam membuat penyelesaian menggunakan data terbuka dari NASA serta dapat menimba ilmu daripada seminar ini.

Acara hackathon ini diadakan secara maya disebabkan pandemik COVID-19 dan bertemakan “Take Action”. Lebih daripada 250 pasukan yang terdiri daripada lebih daripada 1,600 individu telah mengambil bahagian dalam acara tahun ini.

Selain itu, antara penyampai yang hadir dalam persidangan ini adalah Pengarah Ekosistem Data dari MDEC, Ir. Dr. Karl Ng, Timbalan Pengarah Penetarium dan Webinar Tour Pusat Sains Negara, Mohd Zamri Shah Mastor dan lain-lain.

Tambahan lagi, acara ini juga dijayakan dengan badan kerajaan seperti Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Japan External Trade Organization (JETRO).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY