Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NASA Rancang Bina Loji Kuasa Nuklear Di Bulan Pada Tahun 2026

NASA Rancang Bina Loji Kuasa Nuklear Di Bulan Pada Tahun 2026

Diterbitkan November 18, 2020 oleh Meor Hasyim

NASA kini sedang mencari kerjasama mana-mana syarikat luar yang mampu untuk membangunkan loji kuasa nuklear di Bulan pada tahun 2026.

Tetapi mengapa loji kuasa nuklear di Bulan?

Ia dilaporkan kerana NASA mahu mewujudkan satu sumber tenaga baharu sebagai tenaga untuk membina sistem tenaga untuk pengkalan di Bulan.

Tenaga ini juga secara tidak langsung digunakan untuk menggerakkan projek-projek saintifik mereka termasuk Artemis.

Ini adalah kerana penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Bulan adalah mustahil disebabkan ketiadaan udara dan permukaan Bulan yang kurang sesuai untuk tenaga solar.

Jika tenaga dari fossil pula, ia adalah berat dan sukar untuk dipindahkan, disebabkan itulah mereka memfokuskan kepada tenaga nuklear.

Kaedah pembinaan loji kuasa nuklear tersebut adalah dengan membinanya di Bumi terlebih dahulu, kemudiannya memisah dan menanggalkannya untuk dipasang semula di Bulan.

Cabaran terbesar mereka adalah supaya memastikan komponen loji kuasa nuklear tersebut adalah ringan dan kecil untuk dibawa ke Bulan.

Dengan mempunyai sistem tenaga yang efisien, ia membolehkan pihak NASA untuk menjana kuasa untuk pengkalan di Bulan – membolehkan manusia terus menerokai sistem solar lebih jauh.

Dikatakan sudah lebih dari 22 syarikat swasta telah menyahut seruan NASA untuk membangunkan loji kuasa nuklear di Bulan.

Sumber: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY