Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NASA Umum Penemuan Kehadiran Air Di Permukaan Bulan

NASA Minta Semula Debu Bulan Dan Lipas Dari Misi Apollo 11 Yang Hendak Dilelong

Diterbitkan Julai 4, 2022 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dilaporkan meminta semula debu bulan dan lipas milik mereka.

Ia selepas terdapat cubaan untuk item-item itu dijual pada harga tidak kurang dari USD400,00 oleh sebuah platfom lelongan berpangkalan di Boston, AS.

Pihak peguam NASA menegaskan dalam surat yang dihantar kepada platfom lelongan itu berkata, item-item tersebut adalah masih milik kerajaan AS.

Ekoran itu, NASA telah mengarahkan platfom tersebut untuk menyerahkan semula item-item tersebut kepada mereka.

NASA Minta Semula Debu Bulan Dan Lipas Dari Misi Apollo 11 Yang Hendak Dilelong
Debu bulan yang hendak dijual oleh RR Auction: Kredit RR Auction

Debu bulan yang dianggarkan seberat 40 miligram dan 3 ekor lipas yang telah mati itu adalah dari misi Apollo 11 yang dilaksanakan NASA dalam tahun 1969 dahulu.

Menerusi misi itu, NASA telah membawa pulang batu bulan seberat 21.3 kilogram ke Bumi.

Kemudian sebahagian kecil batu bulan itu dijadikan makanan yang diberikan kepada serangga, ikan dan haiwan-haiwan kecil lain sebagai bahan uji kaji bagi mengetahui sama ada haiwan-haiwan itu akan mati selepas memakan debu dari bulan itu.

Lipas yang diberi makan dengan debu bulan itu telah dikaji oleh seorang pengkaji serangga bernama Marion Brooks dari University of Minnesota.

NASA Minta Semula Debu Bulan Dan Lipas Dari Misi Apollo 11 Yang Hendak Dilelong
3 Ekor lipas yang dikaji milik NASA yang hendak dilelong oleh RR Auction. Kredit RR Auction

Walaubagaimanapun selepas beliau meninggal pada tahun 2007 dahulu, batu bulan dan lipas itu tidak pernah dipulangkan semula kepada pihak NASA.

TetapiĀ  anak mendiang telah menjual batu bulan dan lipas yang dikaji itu pada tahun 2010.

Sumber: AP, RR Auction

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY