Nasa Memuat Naik Rakaman Bersejarah Di Youtube

NASA sebuah Agensi Angkasa Amerika Syarikat memang terkenal di seluruh dunia terutamanya peristiwa pendaratan di bulan yang menjadi tanda pencapaian umat manusia

Sehubungan itu, NASA telah pun mengeluarkan lebih 300 video dan dimuat naik di YouTube. Dijangka lebih 200 video lagi akan dimuat naik oleh mereka pada masa akan datang.



Video yang dimuat naik mengandungi rakaman-rakaman bersejarah berkenaan dengan agensi angkasa tersebut.



Rakaman yang menjangkau beberapa dekad menunjukkan kemajuan yang telah dicapai oleh NASA. Antara contoh rakaman termasuk kajian pendaratan kapal angkasa, ujian kenderaan pendaratan Lunar dan juga ujian penerbangan X1 dan X43A.

Kepada mereka yang berminat untuk melihat video-video ini boleh klik pautan ini.