Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NASA Memperingati Voyager 1 Melintasi Zuhal 40 Tahun Lalu

NASA Memperingati Voyager 1 Melintasi Zuhal 40 Tahun Lalu

Diterbitkan November 14, 2020 ยท Dikemas kini November 14, 2020 oleh ariff bukhari

Pada 12 November 2020 lalu, Agensi Angkasa Lepas Amerika (NASA) memperingati kejayaan kapal angkasa Voyager 1 melintasi planet Zuhal 40 tahun lalu.

Sepanjang tempoh 4 bulan terawal selepas ia dilancarkan pada 5 September 1977, Voyager 1 telah menghantar sebanyak 19 ribu gambar, menemui 2 bulan baru Zuhal serta merakam lingkaran cincin halus yang melingkari planet Jupiter.

NASA Memperingati Voyager 1 Melintasi Zuhal 40 Tahun Lalu
Antara imej menakjubkan planet Zuhal yang berjaya dirakam dan dihantar ke NASA dari jarak 446 ribu batu. Kredit: NASA

Voyager 1 dilengkapi dengan peralatan sofistikated termasuklah kamera bersudut lebar untuk merakam gambar planet, infra merahuntuk menyelidik komposisi atmosfera, magnometer untuk menganalisis medan magnet dan interaksi angin solar serta banyak lagi.

NASA Memperingati Voyager 1 Melintasi Zuhal 40 Tahun Lalu
Kelengkapan peralatan yang terdapat pada Voyager 1. Sumber: NASA

Sehingga kini, Voyager 1 masih terus berfungsi dan menghantar data-data kepada NASA pada jarak lebih daripada 14 bilion batu dari bumi atau bersamaan dengan 22,530,816,000KM.

Voyager 1 dijangka akan terus berkhidmat sehingga ia berjaya memasuki ruang angkasa interstellar sehingga tahun 2025 di mana ia tidak lagi mampu menjana tenaga kepada instrumennya lagi.

Untuk pengetahuan anda, Voyager 1 turut membawa 2 piring cakera emas yang mengandungi maklumat tentang planet bumi termasuklah rakaman muzik serta ucapan aluan dalam 55 jenis bahasa.

NASA Memperingati Voyager 1 Melintasi Zuhal 40 Tahun Lalu
Inilah piring cakera emas yang terdapat dalam Voyager 1 dan Voyager 2. Kredit: NASA

Malah NASA turut menyediakan panduan cara menggunakan cakera tersebut jika makhluk asing menemuinya.

Sumber: NASA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY