NASA Memberi Respon Kepada Budak 9 Tahun Yang Mahu Menjadi 'Guardian of The Galaxy

Baru-baru ini NASA ada mengumumkan satu jawatan kosong sebagai Pegawai Perlindungan Planet, seseorang yang bertanggungjawab mengekang pencemaran biologi semasa misi penerokaan angkasa lepas.

Tugas sebegitu berat tanggungjawab nya namun tidak menghalang dari menarik minat seorang budak berumur 9 tahun dari New Jersey, Amerika Syarikat yang telah menghantar permohonan kerja untuk jawatan tersebut.



Jawatan yang wujud di NASA sejak 1960 telah menarik minat umum hanya kerana tajuk jawatan yang dikaitkan dengan hero cerita sains fiksyen.

Pengarah Penyelidikan Planet, Dr. James L Green membalas surat kanak-kanak ini dengan menerangkan skop kerja untuk jawatan ini dan mengucapkan terima kasih atas minatnya untuk jawatan tersebut.

Ini bukan kali pertama perkara ini terjadi kerana awal tahun ini CEO Google membalas surat kanak-kanak berusia 7 tahun.

Sumber