NASA Lakar Peta Pertama Untuk Bulan Terbesar Zuhal, Titan

Ahli astronomi dan saintis National Aeronautics and Space Administration (NASA) telah melakar peta pertama permukaan Titan, iaitu bulan terbesar planet Zuhal. Peta itu mendedahkan pelbagai rupa bumi seperti gunung, kawasan rata, lembah, kawah serta tasik yang tidak terdapat pada mana-mana Sistem Solar selain Bumi.

Peta itu diperoleh melalui pesawat angkasa Cassini yang mengorbit Zuhal dari 2004 hingga 2017 untuk mendapatkan maklumat mengenai planet itu serta bulan-bulannya. Dengan lebih 100 penerbangan melintasi Titan, saintis akhirnya mendapat gambaran permukaan rupa bulan tersebut.

Kapsyen: Imej Kredit: Nature


Hampir 2/3 permukaan Titan diliputi oleh permukaan rata, 17% bukit pasir yang kebanyakannya terletak di bahagian khatulistiwa bulan. Sebanyak 14% kawasan adalah berbukit dan gunung manakala 1.5% kawasan merupakan lembah yang terhasil dari hujan dan hakisan. Menariknya, hanya terdapat bilangan kawah yang sedikit menandakan bulan tersebut masih lagi 'muda' umurnya.

Terdapat juga tasik pada Titan yang diisi cecair metana, bukannya air. Ia bagaimanapun hanya meliputi sebanyak 1.5% permukaan bulan sahaja.

"Titan mempunyai atmosfera seperti Bumi. Ia mempunyai angin, hujan, gunung. Ia sebenarnya merupakan 'dunia' yang menarik, dan antara tempat menarik dalam Sistem Solar untuk mencari benda hidup". Rosary Lopes, seorang saintis yang mengkaji bahagian planet di NASA.

Colour mosaic from NASA's Cassini spacecraft shows the sun glinting off of Titan's north polar seas Kapsyen: Imej Titan yang diambil oleh kapal angkasa Cassini mempamerkan tasik cecair metana. Imej kredit NASA/JPL-Caltech/University of Arizona/University of Idaho


NASA bercadang untuk menghantar dron ke Titan untuk misi Dragonfly pada tahun 2034 untukĀ  mengkaji tentang bulan itu dengan lebih dekat dan mendalam lagi.

Sumber: Nature