NASA menyatakan, mereka tidak dapat memastikan kesan jangka panjang hentaman batu angkasa terhadap teleskop angkasa mereka itu.
Insiden yang berlaku antara 22 dan 24 Mei 2022 lalu telah memberi kesan ke atas salah satu daripada 18 heksagon cermin emas teleskop James Webb.
Imej di bawah yang dirakam NASA pada 21 Jun 2022 memaparkan kesan impak meteorit mikro yang berlaku ke atas salah satu heksagon cermin emas teleskop tersebut.

Sebagai perbandingan, berikut pula adalah imej kerosakan yang dijangka NASA akan berlaku pada heksagon teleskop tersebut berdasarkan ujian yang dijalankan sebelum JWST dilancarkan.

Saintis NASA menjelaskan, hasil perbandingan ke atas imej tersebut menunjukkan kesan hentaman meteorit ke atas James Webb adalah lebih teruk daripada jangkaan mereka.
Buat masa ini, NASA berjaya selarikan semula segmen cermin teleskop tersebut kerana hentaman meteorit mikro adalah masih kecil.
Namun begitu, saintis NASA masih tidak pastikan kesan ancaman batu angkasa kecil itu terhadap operasi JWST. NASA dalam laporannya memaklumkan, mereka terus memberi perhatian dengan membuat model risiko impak hentaman meteorit ke atas JWST.
Teleskop Angkasa James Webb dibekalkan dengan tenaga yang membolehkan ia beroperasi sehingga 20 tahun di angkasa lepas. Ketika ini, JWST berada sejauh 1.5 juta kilometer dari Bumi.
JWST merupakan teleskop terbesar dan paling berkuasa pernah dicipta manusia setakat ini. Masa yang diambil untuk membangunkannya adalah selama 30 tahun yang menelan belanja sebanyak RM43 bilion.
Sumber: Space, NASA
Berkaitan
- Satelit Papan Lapis Pertama Di Dunia Akan Dilancarkan Ke Angkasa Lepas Tahun Ini
- China Bina Lingkaran Teleskop Terbesar Di Dunia Bagi Mengkaji Matahari
- Jam Pintar Citizen Ini Jadi Lebih Pintar Dengan Teknologi NASA
- Umur Matahari Ada 7 Bilion Tahun Lagi, Sedang Berada Dalam Fasa Stabil - Agensi Angkasa Eropah
- NASA Mengesan Lebih Banyak Asteroid Menghampiri Bumi Dalam Tempoh 50 Tahun
- Akhirnya Roket Paling Berkuasa NASA Misi Ke Bulan Dilancarkan
- Kerajaan Indonesia Menyekat Akses Internet Di Papua Berikutan Keganasan Semakin Meruncing
- NASA Perlukan Bantuan Anda Mereka Bentuk Tandas Bagi Projek Angkasawan Ke Bulan
- Inilah Teleskop Paling Berkuasa Di Dunia, Resolusi Imej 4 Kali Ganda Lebih Tinggi Dari James Webb
- NASA Mahu Mendengar Teori Pelik-Pelik Dari Anda Berkaitan Angkasa Lepas Dan NASA