Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Asteroid 3 Kali Ganda Lebih Besar Dari Patung Liberty Akan Lintas Menghampiri Bumi Dalam Bulan Ini

NASA Kesan 5 Asteroid Sedang Menghampiri Bumi, Salah Satunya Bersaiz Sebuah Stadium

Diterbitkan Mac 23, 2022 · Dikemas kini Mac 23, 2022 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menerusi Jet Propulsion Laboratory memaklumkan mereka telah mengesan sebanyak 5 buah asteroid yang sedang dalam perjalanan menghampiri bumi bermula dari 23 Mac hingga 26 Mac  2022.

Bermula dari 23 Mac ini, asteroid yang dinamakan sebagai 2022 FC dianggarkan bersaiz sebuah kapal terbang akan melintasi pada jarak 677,000 km dari Bumi.

Ia akan dituruti oleh asteroid 2022 EA5 bersaiz sebuah rumah pada hari yang sama.

Keesokan harinya pula, sebuah lagi asteroid bernama 2013 BO76 akan melintasi Bumi pada jarak 5,110,000 km dari Bumi.

Screenshot 2022-03-23 at 8.40.12 PM
Kedudukan asteroid 2013 BO76 pada 26 Mac 2022 ini. Kredit: NASA

Asteroid itu dianggarkan bersaiz sebuah stadium dan akan melintasi Bumi pada jarak 5,110,000 km dari Bumi.

NASA mengklasifikasikan asteroid ini sebagai berpotensi mengancam Bumi kerana saiznya lebih daripada 150 meter dan mengorbit Bumi pada jarak yang kurang dari 7.5 juta kilometer.

Screenshot 2022-03-23 at 8.25.41 PM

Seterusnya selang sehari selepas itu iaitu pada 26 Mac 2022 pula, terdapat 2 lagi asteroid akan melintasi menghampiri Bumi.

Kedua-dua buah asteroid itu dianggar besaiz sebuah pesawat yang dikenali sebagai 2011 GE3 dan 2012 FX35.

Untuk pengetahuan anda, NASA hanya mengklasifikasikan sesebuah asteroid sebagai berpotensi membahayakan Bumi sekiranya saiz asteroid itu bersaiz lebih daripada 150 meter dan mengorbit Bumi sehampir 7.5 juta kilometer.

Sumber: Jet Propulsion Laboratory

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY