NASA Ingin Memberikan Secara Percuma Salah Satu Roket Apollo Kepada Yang Berminat

Reading Time: 1 minute

Kos penghantaran roket itu ditanggung anda sendiri.

Bagi meraikan hari memperingati kejayaan misi Apollo 11 ke-50 tahun minggu ini, pihak National Aeronautics and Space Administration (NASA) mengumumkan untuk memberikan salah satu roket penggalak bagi kapal angkasa Apollo yang belum pernah digunakan mereka kepada yang berminat..

Roket tersebut dibangunkan ketika era projek roket Saturn yang telah melancarkan program roket Apollo. Ia merupakan roket penggalak bagi tahap pertama bagi program Saturn 1 yang dibangunkan pada awal tahun 1960.

Jadi, roket penggalak tersebut merupakan antara model terawal yang dibangunkan NASA sebelum model Saturn V yang telah membawa angkasawan Neil Armstrong, Buzz Aldrin dan Michael Collins ke angkasa lepas dalam misi Apollo 11 pada 16 Julai 1969.

Selepas berpuluh tahun dibangun dan tidak pernah digunakan, NASA kini  menawarkan roket tersebut secara percuma kepada pihak seperti institusi pendidikan, muzium ataupun perpustakaan jika mereka berminat untuk memilikinya.

Cuma, pihak yang berminat perlu menanggung sendiri kos pengangkutan bagi penghantaran roket itu ke lokasi yang pemilik mahu meletakkannya.

Kos penghantaran bagi roket tersebut adalah berharga USD250,000.

Sumber: CNET

ariff bukhari
Tentang Penulis

Ariff Bukhari adalah penulis dan pemilik laman AriffMac.com yang mengkhususkan produk-produk Apple. Kini beliau berkolaborasi bersama team Wiser.my.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *