Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NASA Berjaya Hubungi Kapal Angkasa Yang Terletak 11.6 Bilion Batu Dari Bumi

NASA Berjaya Hubungi Kapal Angkasa Yang Terletak 11.6 Bilion Batu Dari Bumi

Diterbitkan November 4, 2020 ยท Dikemas kini November 5, 2020 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) memaklumkan bahawa mereka telah berjaya menghubungi semula kapal angkasa yang terletak sejauh 11.6 bilion batu dari bumi.

Kapal angkasa itu yang dikenal pasti sebagai Voyager 2 berjaya dihubungi semula selepas operator misi mengesahkan barisan arahan yang dihantar ke kapal angkasa tersebut telah diterima.

Voyager 2 adalah kapal angkasa yang sudah berusia 43 tahun. Ia telah dilancarkan pada 20 Ogos 1977 di bawah misi pengembaraan angkasa lepas Voyager Interstellar Mission (VIM).

Objektif misi itu adalah bagi meluaskan lagi eksplorasi angkasa lepas NASA dengan memasuki ruang angkasa interstellar menerusi Voyager 1 dan Voyager 2.

Setakat ini, Voyager 1 dan Voyager 2 menjadi kapal angkasa ketiga dan keempat yang berjaya merentasi kesemua planet yang ada di dalam sistem solar.

Voyager 1 kini dikesan berada pada jarak 13 bilion batu dari bumi.

Sebelum ini antara tahun 1979 hingga 1989, Voyager 1 dan Voyager 2 telah menghantar imej-imej dari planet Jupiter, Zuhal, Uranus dan Neptune.

Jika anda meminati bidang sains angkasa lepas atau ingin mengetahui status semasa kedua-dua kapal angkasa ini, bolehlah mengikutinya di laman rasmi Voyager NASA.

Sumber: Daily Mail

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY