Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Narzo 30 Pro Mungkin Hadir Dengan Bateri Lebih Besar Dari Narzo 20 Pro

Narzo 30 Pro Mungkin Hadir Dengan Bateri Lebih Besar Dari Narzo 20 Pro

Diterbitkan Februari 11, 2021 oleh Helmi Samsuri

Siri Narzo dari realme hampir memasuki bulan ke-10 usianya selepas pertama kali diperkenalkan di India pada Mei tahun lalu. Sedia menawarkan beberapa versi dan terbaru, kedengaran spekulasi menyebut model Narzo 30 Pro pula bakal dipertaruhkan.

Perkhabaran dari China, realme Narzo 30 Pro sudah mula disenaraikan pada TEENA dengan kod nama RMX3161. Ia hadir dengan skrin bersaiz 6.5 inci, ukuran dimensi 162.5 x 74.8 x 8.8 mm, sokongan rangkaian 5G, serta bateri 4880mAh. Ia juga bakal menjalankan sistem operasi Android 11.

Narzo 30 Pro Mungkin Hadir Dengan Bateri Lebih Besar Dari Narzo 20 Pro

Selain itu, bahagian belakang pula kelihatan konfigurasi tiga lensa kamera yang masih belum diketahui jenisnya serta pengimbas cap jari disisi. Jika dibandingkan dengan Narzo 20 Pro sebelum ini, ukuran paparannya sama tetapi kapasiti bateri lebih tinggi, dimana bateri Narzo 20 Pro adalah 4500mAh.

Terdahulu, laporan sebelum ini ada menyatakan empat peranti sudah menerima pengesahan SIRIM. Salah satu daripadanya adalah realme Narzo 30a.

Sumber: PlayfulDroid

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY